Friday 5 February 2021

PLAN SIMKAD PALING JIMAT TAHUN 2021_EXTEND VALIDITY CUMA RM 35 SETAHUN??

 Hi korang! Apa khabar pembaca blog yang saya kasihi sekalian.


Harini aku nak share tentang plan telco yang korang sendiri boleh guna atau boleh belikan untuk mak atau ayah korang. Sejujurnya aku bukanlah penjual simkad yang pernah korang tengok dekat Facebook atau IG tu cuma aku nak review pasal nombor telefon yang telah aku port in kepada telco lain pada tahun 2020. Pada mulanya aku guna telco prepaid Maxis dan korang semua faham-faham sendiri kalau nak aktifkan nombor telefon mestilah kena topup kan? Jadi pengiraan topup aku macam ni, RM 1= 1 hari, RM 5 =5 hari, RM 10 = 10 hari, RM30= sebulan, dan RM 50 = 50 hari.

 

Jadi aku terdetiklah nak guna plan prepaid Tunetalk atau juga dikenali sebagai Halo Telco sebab ada beberapa kelebihan dan kekurangan dia. Jadi aku senaraikan pro and cons Tunetalk ni okay.


           Kelebihan simkad Tunetalk :

  1.  Boleh panjangkan tempoh sah nombor setahun dengan hanya RM 35.
  2. Terdapat plan data bulanan bermula dari RM10 sehingga RM48
  3. Plan pakej data bulanan menawarkan pakej sosial unlimited data dengan kelajuan (6mbps), Unlimited panggilan ke semua rangkaian dan memberikan 5gb Hotspots dengan kelajuan (6mbps) serta add-on data dengan harga yang murah iaitu RM10 dengan 10gb data.   
  4. Memberikan points setiap kali pengguna reload dan boleh menebus ganjaran melalui points tersebut.    
  5. Sesuai digunakan sebagai nombor peribadi untuk ibu dan ayah yang sebelum ini menggunakan plan postpaid boleh port-in kepada prepaid Tunetalk.         
  6. Cover personal accident insurance bila korang topup bulan-bulan minimum RM50                                                                                                                                                                                       Kekurangan simkad Tunetalk :
    1. Berkongsi rangkaian bersama Celcom dan terdapat beberapa kawasan yang lemah jaringan networking Celcom ini.
Validity setahun cuma RM35 Sahaja.

                 Harga simkad ini cuma berharga RM5 dan boleh didapati di Shopee. Hah dahtu korang boleh beli simkad ni banyak-banyak lepastu port-in untuk family sebab apa? Simkad ni memang jimat aku dah buatkan untuk mak aku kalau dibandingkan sebelum ni mak aku memang guna postpaid U-mobile yang kena bayar bulanan RM 40 untuk P40 sebab sekali dengan pelan data. Orang lama ni diorang jarang nak call orang kan jadi rugi la beli pakej unlimited call dengan unlimited data tu jadi dengan Tunetalk ni korang ada pilihan untuk langgan data atau tak jika tak mahu guna data boleh telefon orang lain seperti biasa dengan caj 22 sen bagi seminit ke semua rangkaian. Lagipun mak aku ni guna Nokia 3310 ja takde nya nak langgan internet whatsapp semua tu.

Proses port-in ni senang sangat cuma korang kena pastikan kalau guna postpaid sebelum ni pastikan setelkan tunggakan bil dahulu dan kalau dari prepaid telco yang lain pastikan tiada hutang SOS topup. Tempoh port-in cuma 24 jam sahaja , tengok gambar di bawah ni aku port-in untuk nombor aku dan mak aku. Kalau yang kena failed tu sebab masa ic verification tu aku tangkap gambar blur so just submit port-in sekali lagi. Kalau ada masalah boleh contact staff diorang melalui live chat dekat app Tune talk. 
                                  History port-in aku boleh buat dalam 1 fon jer kan senang.


Oklah korang itu jer saya nak kongsikan kat korang pasal plan yang best ni . Boleh lah korang guna plan ni kalau nak jimat sangat. Kalau ada soalan boleh komen dekat bawah ya.





Monday 12 March 2018

CARA MENDAPATKAN REFUND DUIT DI LAZADA SETELAH CANCEL ORDER

Sesiapa pasti pernah terbeli barang secara dalam talian bukan, di sini saya ingin kongsikan cara untuk mendapatkan wang anda kembali sekiranya anda telah membatalkan pesanan di Lazada, menjadi satu kerisauan pada saya sendiri apabila pihak Lazada tidak memulangkan wang dalam bentuk tunai pada awalnya tetapi refund diberi dalam bentuk Store Credit yang mana pengguna dapat menggunakan sekali sahaja dalam tempoh setahun, sudah pasti anda akan mengalami kerugian jika nilai refund lebih besar dari nilai barang lain yang hendak dibeli. Tambahan pula, discount Lazada lain tidak dapat digunakan bersama dengan voucher Store Credit.



 Berikut adalah barang yang pernah diorder oleh saya tetapi saya terpaksa cancel kerana berubah fikiran untuk membeli produk lain.

Perkara yang pertama adalah cancel barang yang diorder dan isi application form di  https://www.lazada.com.my/contact/

Setelah membatalkan pesanan , Pihak Lazada akan hantar email seperti di bawah

Dear Valued Customer,
Thank you for shopping with Lazada Malaysia. We have not received your response in regards to your bank details for refund. However, we are committed to refund your money in the shortest time possible.
Kindly be informed that reimbursement for your order number 3226785742 will be fulfilled as Store Credit code. Please refer to the details below:.
  • Store credit: LAZ************
  • Amount: RM 110.69
  • Validity: 365 days
  • Usage: ONCE
To learn how to utilise your voucher, please visit the link here.
Should you require further assistance please feel free to revert to us and we will be glad to assist you. Check out the infinite possibilities at your fingertips on here.
Thank you for your support.
Best regards,
Lazada Team


Agak sukar untuk anda mendapatkan refund sekiranya Lazada menghantar email sedemikian.
Tetapi apa yang anda  perlu balas adalah seperti ini. 
Apa yang anda perlu buat adalah teruskan menghantar email kepada pihak Lazada customer@lazada.com.my dengan bertanya status bayaran balik wang ke dalam akaun anda. selalunya Lazada akan simpan duit customer dalam akaun mereka jika kita sebagai pengguna tidak ambil apa2 tindakan..maklumlah aku ni bukannya kaya pun.

kemudian saya teruskan membalas email dari team Lazada..



I hope to get refund through bank transfer, lazada please take action regarding my refunds process.



E-Wallet Store Credit Code: LAZ************
Account Holder: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Bank Name: CIMB BANK
Account Number: 705********

Keesokannya masih tiada jawapan dari LAZADA saya pun menghantar email terakhir :


Dan Alhamdulillah setelah ditekan banyak kali akhirnya pihak Lazada membalas email saya:
Dan 4 hari selepas itu wang mula dikreditkan ke dalam akaun saya, syukurlah akhirnya dapat kembali wang saya itu.. So sapa2 yang pernah membeli barang tu jangan risau sampai tak tidur malam, cuma perlu balas email kepada Lazada untuk menuntut refund anda dalam bentuk cash bukannya credit owkeh ?  ini dia bukti wang refund saya telah dikembalikan:

Tadaaaa kan dah masuk, jadi yang mana boleh membantu tu share laa,saya pun pernah cari article tpi kurang jelas, harap article saya ni dapat membantu anda semua yang inginkan semula refund wang anda...