Friday 5 February 2021

PLAN SIMKAD PALING JIMAT TAHUN 2021_EXTEND VALIDITY CUMA RM 35 SETAHUN??

 Hi korang! Apa khabar pembaca blog yang saya kasihi sekalian.


Harini aku nak share tentang plan telco yang korang sendiri boleh guna atau boleh belikan untuk mak atau ayah korang. Sejujurnya aku bukanlah penjual simkad yang pernah korang tengok dekat Facebook atau IG tu cuma aku nak review pasal nombor telefon yang telah aku port in kepada telco lain pada tahun 2020. Pada mulanya aku guna telco prepaid Maxis dan korang semua faham-faham sendiri kalau nak aktifkan nombor telefon mestilah kena topup kan? Jadi pengiraan topup aku macam ni, RM 1= 1 hari, RM 5 =5 hari, RM 10 = 10 hari, RM30= sebulan, dan RM 50 = 50 hari.

 

Jadi aku terdetiklah nak guna plan prepaid Tunetalk atau juga dikenali sebagai Halo Telco sebab ada beberapa kelebihan dan kekurangan dia. Jadi aku senaraikan pro and cons Tunetalk ni okay.


           Kelebihan simkad Tunetalk :

  1.  Boleh panjangkan tempoh sah nombor setahun dengan hanya RM 35.
  2. Terdapat plan data bulanan bermula dari RM10 sehingga RM48
  3. Plan pakej data bulanan menawarkan pakej sosial unlimited data dengan kelajuan (6mbps), Unlimited panggilan ke semua rangkaian dan memberikan 5gb Hotspots dengan kelajuan (6mbps) serta add-on data dengan harga yang murah iaitu RM10 dengan 10gb data.   
  4. Memberikan points setiap kali pengguna reload dan boleh menebus ganjaran melalui points tersebut.    
  5. Sesuai digunakan sebagai nombor peribadi untuk ibu dan ayah yang sebelum ini menggunakan plan postpaid boleh port-in kepada prepaid Tunetalk.         
  6. Cover personal accident insurance bila korang topup bulan-bulan minimum RM50                                                                                                                                                                                       Kekurangan simkad Tunetalk :
    1. Berkongsi rangkaian bersama Celcom dan terdapat beberapa kawasan yang lemah jaringan networking Celcom ini.
Validity setahun cuma RM35 Sahaja.

                 Harga simkad ini cuma berharga RM5 dan boleh didapati di Shopee. Hah dahtu korang boleh beli simkad ni banyak-banyak lepastu port-in untuk family sebab apa? Simkad ni memang jimat aku dah buatkan untuk mak aku kalau dibandingkan sebelum ni mak aku memang guna postpaid U-mobile yang kena bayar bulanan RM 40 untuk P40 sebab sekali dengan pelan data. Orang lama ni diorang jarang nak call orang kan jadi rugi la beli pakej unlimited call dengan unlimited data tu jadi dengan Tunetalk ni korang ada pilihan untuk langgan data atau tak jika tak mahu guna data boleh telefon orang lain seperti biasa dengan caj 22 sen bagi seminit ke semua rangkaian. Lagipun mak aku ni guna Nokia 3310 ja takde nya nak langgan internet whatsapp semua tu.

Proses port-in ni senang sangat cuma korang kena pastikan kalau guna postpaid sebelum ni pastikan setelkan tunggakan bil dahulu dan kalau dari prepaid telco yang lain pastikan tiada hutang SOS topup. Tempoh port-in cuma 24 jam sahaja , tengok gambar di bawah ni aku port-in untuk nombor aku dan mak aku. Kalau yang kena failed tu sebab masa ic verification tu aku tangkap gambar blur so just submit port-in sekali lagi. Kalau ada masalah boleh contact staff diorang melalui live chat dekat app Tune talk. 
                                  History port-in aku boleh buat dalam 1 fon jer kan senang.


Oklah korang itu jer saya nak kongsikan kat korang pasal plan yang best ni . Boleh lah korang guna plan ni kalau nak jimat sangat. Kalau ada soalan boleh komen dekat bawah ya.